Isnin, 22 Disember 2008

meriambuluh vs liverfool

"Hang kampung mana?"

Sunyi sepi tanpa jawapan.

"Wat malu kampung ja.. Hang tau dak?!"

Player-player semua tunduk macam nak nangis. (c)Fabregas tidak kelihatan. Pegi scan kaki kot.

"Aku habaq lagu ni hangpa tanak dengaq!!.. Lagu mana lagi hangpa nak ikut?"

Pat Rice cepat-cepat sorok iPod, takut kena maki.

Wenger geleng kepala. Panas hatinya. Gol sebijik pun takleh nak defend. Bahlol. Mau dilempangnya Gallas sebab tak dengar kata.

Raut wajah Mourinho gelak guling-guling atas lantai terbayang di kepala Wenger, sesal bet semalam kalau tau jadi camni. Mesti mati kena gelak lagi ni, tak campur kena kutuk dengan peminat. MeriamBuluhFC dah sah kutuk kalau kalah.

"Bodoh! Kecik-kecik tanak mampus!" tambah cuka ngan chili-sos kasi pedih sikit marahnya dalam French. Barang-barang dalam dressing room dah bukan lagi barang, sampah sarap tsunami kot.

Pat Rice segera menyelamatkan suasana. "Dah-dah la tu Boss, dak-dak tu dah nangis dah.. 2nd half dah nak start dah ni."

Cakap banyak takde, Wenger terus keluar dari dressing room. Sekor-sekor player pun tak dipandangnya.

"Liverpool tu bukan kuat sangat"

Suara kecil keluar dari hujung dressing room. Semua mata menoleh serentak. Ade cool tenung mereka-mereka kembali.

"WTF?!", Gallas tembak.."Ko ingat senang ke nak kalahkan diorang?!"

Dressing room panas.. Aura-aura semakin tinggi.. Belang-tarung mula kelihatan..

"Ko nak bet?!" Ade balas balik.. Hitam muka Gallas terus jadi merah. Telinganya panas. Pantang memember ajak betting.

Budak-budak lain geleng kepala.. Sial boleh lagi betting di-ambang kekalahan.

Ade senyum.. "Aku bet kalau kita main 10 orang pun kita takkan kalah"

Semua tengok Ade. Pale otak masing-masing mula pening pikir kalau-kalau Ade buat kerja gila. Nombor jersinya sudah ada dalam buku rekod ref, tinggal masa untuk di-blacklist-kan.

"Kalau kita menang aku lari bogel satu London" cabar Ade..

Pemain-pemain lain tersenyum. Sekor-sekor terbayang Ade lari bogel dalam sejuk kota London. Mau muntah makcik-makcik yang pegi shopping Christmas. Semangat sekor-sekor naik balik. Sorakan mula kedengaran.

2nd Half mula.

17 minit kemudian Adebayor kena buang.

Liverpool ketandusan idea. 11 lawan 10 macam 11 lawan 14. Sekali-sekala je dapat mendebarkan Arsenal. Buntu mereka memikir dari mana player Arsenal dapat semangat.

Full Time. Seri 1-1.
Player-player Arsenal tak puas hati. Menang tadi boleh tengok Ade lari bogel free.

*Rekaan semata-mata. Tapi kalau betul best jugak.

*P/s: Nampak sangat Arsenal kuat. Kalau main 11 orang 2nd Half tu confirm menang. Haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan