Sabtu, 31 Januari 2009

mandi


"jap lagi dah nak downtime, tak nak gi mandi dulu ke?", aku tanya zam concern takut ngantuk time migration.

"asal?! u nak mandikan i ke?", tanya dia sambil gelak-gelak dajal. galak sungguh.

"serius ke u nak i mandikan?!", aku tanya balik sambil senyum.

zam sambung gelak. tiba-tiba senyap seminit.

"sial!!", gelak dia tanda faham.

ye la.. sebelum
di-sembahyangkan mesti la di-mandikan. betul?
Sent with MagicPad.

Isnin, 26 Januari 2009

mcd, israel, arab & dot dot dot


"in mcd we don't accept credit card sir, in kfc yes.", kata akak cashier mcd.

"ooh..
israel really want to make fast money, they only accept cash", balas pak arab yang tengah order food in front of me, tak puas ati credit card takleh pakai.

a! ku dah senyum-senyum. staff2 mcd yg lain pun ada dah tersengih-sengih. ada yang gelak terus. yang serius pun ada.

"kita kerja cari makan je dik, ni pun overtime diorang dah cut..", luah akak mcd tu bila sampai my turn tuk order.

"negara diorang kaya, kenapa tak serang je israel tu.. ni tak, dia makan jugak mcd..", tambah akak tu tak puas ati lagi ngan pak arab tadi.

"tu la.. saya pun datang makan sebab lapar kak", my answer simple sambil tunggu royal with cheese.

boikot?! saya ada cara tersendiri. oleh kerana mcd bagi free-wifi 24 hours dan free re-fill, saya bertekad untuk menghabiskan duit mcd (duit israel?!) dengan lepak mcd lama-lama. apa lagi, re-fill banyak2 sampai muntah.

p/s: kisah benar.. dan kalau post ini di dipublish, kemungkinan besar dari free-wifi mcd! . rumah xde internet.


Sent with MagicPad.

Ahad, 25 Januari 2009

Polis-Raja-Di-Malaysia


"awak kerja apa?!"

"biasa-biasa.."

"awak jangan main-main!!"

"computer, network.."


abang polis tu dah pissed-off.

"kalau saya nak kamu buat urine test boleh tak? kamu ikut saya!"

"bang, lesen saya.."

bodoh tak bodoh?! suh drive ikut keta dia tapi license tak bagi. mana leh! drive tak bawak lesen.. tak gi klas memandu ke?

"saya ni polis, awak dalam tahanan saya, arahan saya"

"saya nak tengok id abang..boleh?!"


"awak keluar dari kereta sekarang!!"

dia tunjuk id polis dia.. muka dia tak puas hati.. buruk jugak kad kuasa polis, macam dari manila-kad.. ingatkan canggih cam dlm movie-movie fbi tu.

"saya pakai seragam polis, bawak kereta polis.. awak tak percaya saya?! sekarang keluarkan semua benda dari poket awak!"

aku letak semua atas bonet keta.. dia raba-raba (bukan 'raba' tu eh) aku then satu2 dia check, sampai wallet..

"ni apa ni?!"

"business cards"

"yang ni siapa punya?!"

"saya punya la.. nama saya ada kat belakang tu"

tengok business card pun terbalik.. adoii..

my date kebetulan sampai.. terus dia bising2 tanya polis tu apahal. right on time polis tu cam terus masuk keta ngan ic, lesen n business card aku.

"saya nak discuss ngan partner saya jap..", ayat last dia sblom masuk keta ronda.

long story short, dia tak jadi tahan n tak jadi urine test. dia cakap
mencurigakan. dia tak pulak tau dia sendiri yang mencurigakan.. macam nak pau (or angpau kot) pun ada.

me?! mencurigakan?! mencurigakan macam drug dealer rasanya sampai nak kena urine test?

kalau saya drug dealer, saya pakai
5-series kaler hitam bang.. takde la pakai satria neo ni.

p/s:
my date lak yang emo lebih sampai call aduan. diorang cakap tu rutin biasa. kalau rutin pun mesra-alam sikit la kata my date, ni tak mesra langsung.

disclaimer: conversation di atas benar-benar berlaku.. ada la sikit2 tambah garam, yang 'biasa-biasa..' tu betul2. jgn marah eh abang polis.  
Sent with MagicPad.

Sabtu, 24 Januari 2009

ini bukan kl


serius lain gila. tak bising. orang semua cakap pelan-pelan. tak riuh-rendah. jem, tapi kereta-kereta tak hon. takde bunyi exzoz rempit. mamak pun sunyi.

it happened to me twice. tak tipu. sekali siang. sekali time maghrib, masa balik keje. aman damai.

i said to myself.
"ini bukan kl.."

lepas je cakap camtu, mamak turn on volume tv.. semua jadi bising balik.

curse you mamak!! you ruined the moment!!!

p/s:
malaikat lalu kot.. tapi s! apa la yang mula2 come out terms malaikat lalu?! betul ke diorang saja cakapp?
Sent with MagicPad.

Jumaat, 23 Januari 2009

when my grandma asked us to watch tv


"tadi opah called, dia suruh tengok tv 12 malam nanti", bagitau acu.

"ada apa kat tv?", tanya aku curious, bukan hari-hari dia call, tiba2 suh tengok tv?!

"obama angkat sumpah presiden us", jawab acu balik.

steady jugak my grandma.. seryes kitorang pun tak tau bila obama nak angkat sumpah.

dia bukan orang hebat-hebat pun. dia biasa-biasa je. belajar pun tak tinggi, time belajar dah kena perang ngan
jepun.. but she knows bout barrack obama.
maybe its because of the
obama-effect or maybe my grandparents they are just people of change.

they know whoever become the president of united states will not change much, but atleast they change something.. maybe macam statement
hari ini lebih baik dari semalam. maybe obama lagi baik dari bush.

tu sebab diorang sokong
sayap-kiri kot?! PAS at least jauh lebih baik dari UMNO.
Sent with MagicPad.

Ahad, 18 Januari 2009

when politician talk bs

"..selepas ini fokus Pemuda untuk merakyatkan remaja-remaja" - Khairy Jamaludin, Buletin 1:30

what the fuck was that?! merakyatkan?! what country you from?!!

i double-checked my ID card and it shows 'warganegara'. i! did'nt score A in Bahasa Melayu but you don't have to be an oxford's graduate to know that.

don't talk fancy words if you want to deliver your message across. keep it simple if you want the audience to understand it. it's not hard.

try this:

"..selepas ini fokus Pemuda untuk mem-barisan-nasional-kan remaja-remaja"

stupid politician.    

Sent with MagicPad.

Jumaat, 16 Januari 2009

jumaat

hari ni hari jumaat. macam every jumaat, i took monorail to hang tuah, pergi menunaikan yang fardhu.

masa masuk train.. ada suara keras

"MASUK LA DALAM LAGI!!!", ada brader kat belakang jerit sambil tolak2. umur dah macam ada anak tiga.

gaya pemakaian, smart, rambut tersikat rapi, kemeja kotak-kotak kaler kuning. cam executive.

lex la bro.. taleh sabar skit ke? takkan bulan puasa je sabar. orang lain pun rilex2 je.

takkan nak pergi jumpa Yang-Maha-Esa pun nak marah-marah kot?
Sent with MagicPad.